Dani Alves telah menyatakan rasa simpati kepada Lionel Messi selepas beliau gagal membimbing Argentina ke final Copa America.
Brazil mengalahkan Argentina 2-0 dengan jaringan Gabriel Jesus dan Roberto Firmino untuk menempah tempat di final Copa America.
Nasib buruk terus menghantui Lionel Messi pada aksi antarabangsa dan kekalahan di tangan Brazil nyata mengundang rasa kurang senang penyokong Argentina.
Alves dalam temuramah bersama media menyatakan rasa kurang senang dengan sikap penyokong Argentina dan meluahkan rasa simpati pada Messi.
“Menjadi pemain terbaik di dunia mesti sukar, jika kita kalah semalam, seluruh pasukan akan bersalah, tetapi di Argentina segala-galanya adalah kesalahan Leo, saya merasa kasihan pada dia,” katanya.