Liga Super Malaysia Berita

Peluang Kedah untuk pintas Pahang

Bekas pemain Kedah, Akmal Rizal percaya bekas pasukannya mampu untuk menamatkan Liga Super di tangga kedua.

Selepas berjaya mengenepikan Felda United dalam saingan Piala FA, pasukan Helang Merah bakal menerima kunjungan PKNP FC dalam saingan Liga Super, Jumaat ini.

Akmal Rizal yang telah membuat 58 penampilan bersama Kedah pada 2002 sehingga 2006 percaya pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak mampu untuk menamatkan musim ini ditangga kedua.

Beliau dalam masa yang sama percaya peluang itu ada memandangkan pasukan Selangor dan Pahang tidak beraksi di tahap konsisten dan Kedah perlu merebut peluang tersebut.

“Kedah perlukan rentak konsisten untuk empat perlawanan terakhir liga dengan tidak hilang mata dan cuba menang setiap perlawanan. Pada masa sama, mengharapkan Pahang tercicir mata untuk memintas kedudukan kedua di bawah Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kedah juga perlu menunjukkan corak permainan meyakinkan dalam usaha menarik lebih ramai penyokongnya hadir memberi sokongan ke stadium setiap kali mereka beraksi,” katanya BH Sukan