Kekalahan Colombia di tangan Chile tidak dapat diterima oleh para peminat apabila pemain Colombia, William Tesillo dilaporkan telah diancam.
Terbaru, salah satu media antarabangsa melaporkan selepas William gagal menjaringkan penalti yang telah menyebabkan mereka terkeluar dari Copa America, pemain tersebut telah diancam bunuh di sosial media.
Isteri beliau, Daniela Mejia telah memuat naik tangkap layar laman mesej instagram yang diterima daripada salah seorang penyokong Colombia yang mendoakan suaminya dibunuh seperti Andres Escobar ketika Piala Dunia 1994.
“Mereka menulis kepada isteri saya dan dia memuatnaiknya. Mereka juga menulis kepada saya,” kata pertahanan berusia 29 tahun itu.
“Saya harap mereka faham ia hanyalah bola sepak,” kata bapa Tesillo merujuk kepada mereka yang menulis ancaman berkenaan.