Luar Negara Berita

10 tahun yang panjang Benzema di Real Madrid

10 tahun yang lalu, Real Madrid telah mencapai persetujuan dengan Lyon bagi mendapatkan khidmat Karim Benzema.

Sejak daripada itu, beliau telah menjaringkan 148 gol buat Madrid dalam 312 penampilan.

Beliau hadir ke Madrid bersama-sama dengan Cristiano Ronaldo dan Kaka pada musim panas 2009 yang dilihat sebagai salah satu perancangan Florentino Perez untuk memperkuatkan skuad Madrid.

Pemain kelahiran Perancis tersebut telah berjaya meletakkan diri sebagai penjaring keenam terbaik di Real Madrid dan menyumbang kepada kejayaan kelab tersebut di pentas Eropah.

Permulaan yang sukar.

Tidak mudah untuk Benzema bermula di Estadio Santiago Bernabeu. Beliau tiba ketika berumur 21 tahun dan tinggal jauh dari rumah. Permulaan musim beliau di Madrid dilihat agak sukar apabila Manuel Pellegrini lebih suka memulakan Ganzalo Higuain manakala Jose Mourinho lebih suka meletakkan beliau di bangku simpanan.

Walau bagaimanapun, selepas pertemuan antara pemain dan jurulatih, beliau telah membentuk penghormatan bersama dan Benzema mula bertindak peroduktif di depan gawang.

Pada musim 20111/12, bekas pemain Lyon berjaya meledak 32 gol.

Ketibaan Carlo Ancelotti.

Ketika pengurusan tertinggi Madrid mendapatkan khidmat Carlo Ancelotti pada 2013, Benzema memain peranan penting di bahagian serangan Real Madrid. Beliau telah menjadi sebahagian daripada pemain yang ditakuti ketika diletakkan bersama-sama dengan Ronaldo dan Gareth Bale.

Pada permulaan musim Ancelloti di Madrid, tiga trio serangan berjaya meledakkan 97 gol untuk satu musim.

Dari Benitez ke Zidane

Selepas Benitez di pecat selaku pengurus Madrid, bekas lagenda mereka di bawa masuk iaitu Zinedine Zidane, seorang tokoh bola yang dipandang tinggi orang peminat dan pemain bola.

Benzema telah menghabiskan tiga musim yang sangat berjaya dibawah kendalian Zidane apabila menjaringkan gol pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Kiev dan telah merekodkan sebagai penjaringan ketiga terbanyak dalam semua pertandingan di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Perginya Cristiano Ronaldo.

Apabila Ronaldo memilih untuk meninggalkan Real Madrid dan menyertai Juventus. Ramai peminat bola sepak meramalkan Gareth Bale dan Marco Ansensio bakal menyinar pada musim 2018/19.

Namun kedua-dua mereka dikritik teruk, manakala Benzema terus konsisten dengan menjaringkan 30 gol pada musim lalu dan telah merekodkan 60 gol pada kancah Liga Juara-Juara menjadikan beliau pemain keempat yang berjaya mencapai rekod tersebut.

Musim baharu.

Benzema bakal diapit oleh Eden Hazard dan bakal bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama Zidane bersama-sama dengan Luka Jovic, pemain berusia 21 tahun yang baru menyertai Los Blancos.