Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : TFC mudah atasi Kuala Lumpur

Terengganu FC (TFC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menumpaskan Kuala Lumpur 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan ini juga memberi nafas lega buat skuad TFC yang sebelum ini seri dengan Melaka United, 3-3 pada 15 Jun lalu.

Jaringan daripada Lee Tuck, Mohd Faudzi dan juga Malik Arif telah meletakkan TFC di tangga ke tujuh Liga Super selepas 18 perlawanan.

Baki empat perlawanan terakhir perlu digunakan skuad TFC bagi memburu tempat teratas Liga Super, dengan JDT telah disahkan kejuaraan, TFC masih mampu untuk berada di dalam lima kelompok terbaik Liga Super.