Luar Negara Berita

Video : Perjalanan pulang Lampard ke Stamford Bridge

Chelsea telah diberikan kebenaran untuk melakukan rundingan dengan pengurus Derby County, Frank Lampard ketika bekas pemain tengah Blues itu bakal mengambil tempat yang ditinggalkan Maurizio Sarri di Stamford Bridge.

Beliau yang berusia 41 tahun telah menghabiskan 13 tahun sebagai pemain Chelsea, memenangi 11 kejohanan utama, dan telah dikaitkan untuk mengurus Chelsea selepas Sarri berangkat ke Juventus.

Sarri telah kembali ke Serie A untuk mengurus Juventus awal bulan ini selepas satu musim di London, dengan kejayaan membawa Chelsea menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana dan memenangi Liga Europa.

Manakala bagi Lampard, Derby merupakan kerjaya pertama Lampard sebagai pengurus apabila dilantik pada Mei 2018.

Dia membimbing Rams ke perlawanan akhir play-off Piala Kejohanan, di mana mereka kalah 2-1 kepada Aston Villa, namun pencapaiannya pada musim pertama bersama Derby telah menarik minat Chelsea untuk membawa lagenda mereka ke Stamford Bridge.

Lampard telah menjaringkan 211 gol untuk Chelsea dan kepulangan beliau ke gelanggang rasmi Blues pasti akan disambut meriah oleh para penyokong.

Kenyataan yang dikeluarkan Rams berbunyi ; “Derby County boleh mengesahkan bahawa mereka telah memberi kebenaran untuk Chelsea untuk bercakap dengan Frank Lampard mengenai kedudukan pengurusan di Stamford Bridge.

“Dengan pra-musim yang cepat menghampiri kedua-dua kelab ini diharapkan ini akan membolehkan Chelsea untuk segera menyimpulkan perbincangan mereka.

“Kelab tidak akan membuat komen lanjut sehingga sesuai untuk melakukannya.”

Sekiranya Chelsea berjaya mendapatkan Lampard, beliau tidak dapat membawa pemain baharu apabila telah dikenakan hukuman larangan pemindahan pemain.