Luar Negara Berita

Neymar bakal kehilangan 12 juta euro jika sertai Barcelona

Neymar dijangka bakal kembali ke Barcelona selepas pemain itu dilaporkan telah bersetuju untuk membuat pemotongan gaji sebanyak 12 juta euro.

Walau bagaimanapun, Marca melaporkan bahawa rundingan bakal berlaku dengan sangat panjang dan bagi pengarah Blaugrana ia menjangkakan bakal memakan masa yang lama untuk mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Biarpun sebelum ini terdapat keraguan dalam misi mereka untuk membawa masuk Neymar, terdapat beberapa desakan daripada para pemain Barcelona tentang keperluan untuk membawa masuk penyerang tambahan bagi memperbaiki kelemahan mereka musim lalu.

Sementara itu, Neymar hanya boleh meninggalkan Parc des Princes dengan harga yang telah ditetapkan oleh PSG iaitu tidak kurang daripada 200 juta euro – terdapat laporan berasingan yang mengatakan PSG telah meletakkan harga 300 juta euro.

Dalam perkembangan yang sama, media AS melaporkan bahawa perjanjian di antara pemain dan kelab masih belum dimuktamadkan dengan Barcelona sedang cuba menyelesaikan beberapa isu terakhir.

Di mana situasi dengan Philippe Coutinho yang dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Barcelona dan Antoine Griezman yang dilaporkan mahu menyertai Barcelona masih berjalan seperti biasa.

Apapun yang berlaku, ia menjanjikan musim panas yang sibuk untuk pengarah Barcelona.