Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : PKNS FC seri dengan PKNP FC, Rajagopal tetap berpuas hati

PKNP FC terikat dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang PKNS FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada aksi Liga Super, malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, PKNS FC berjaya berada di depan seawal minit ke-34 melalui R Surendran sebelum Muhammad Hafiz Ramdan menyamakan kedudukan. PKNP kembali dihadapan melalui Giancarlo Lopes sebelum pemain Kpah Sean menyamakan kedudukan untuk mengikat pasukan tuan rumah.

Kemenangan ini memberi peluang kepada PKNS untuk berada di kedudukan ke lapan Liga Super dengan berkongsi mata dengan PJ City.

Bagi pengendali PKNS FC, Datuk K Rajagopal tetap gembira dengan keputusan seri ini biarpun terdapat beberapa peluang untuk menambah jaringan.

“Kita tahu bukan senang bermain di sini,kedua-dua pasukan memerlukan mata.

“Kita bermula dengan baik, menjaringkan gol pendahuluan dan beberapa peluang untuk menjaringkan gol kedua.

Beliau juga tidak nafikan bahawa misi utama hadir ke Stadium MPM adalah untuk mendapat kemenangan bagi memperbaiki kedudukan Liga Super.

Tetapi mengakui cabaran yang bakal dihadapi dengan pasukan lawan yang main bermati-matian.

“Walaupun kita tahu ada beberapa pemain yang tidak dapat diturunkan, tetapi saya tetap berpuas hati.

“Cuma saya mahu para pemain tingkatkan prestasi untuk perlawanan akan datang.” Katanya selepas perlawanan.