Pengendali Selangor, B. Sathianathan mengakui gembira dengan keupayaan pasukannya menundukkan Pahang, 5-2 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Hatrik dari penyerang import, Ifedayo Olusegun dan dua jaringan daripada Khyril Muhymeen dan Endrick berjaya memberi tiga mata penuh buat skuad Selangor.
Pahang yang menurunkan barisan kedua pada perlawanan tersebut memperoleh gol dari Kogileswaran dan juga Muhammed Sumareh.
Kemenangan ini berjaya meletakkan skuad Selangor di kedudukan ketiga Liga Super dengan Kedah masih berpeluang memintas mereka jika berjaya menundukkan PJ City di Stadium Darul Aman malam ini.
Bagi pengendali Selangor, B Sathianathan merasa puas dengan kemenangan ini sambil mengucapkan syabas kepada para pemain.
“Saya ucapkan syabas kepada pemain-pemain. sepatutnya dua gol tersebut tidak dijaringkan oleh Pahang.
“Kita sudah bersedia selama seminggu untuk bertemu Pahang selepas perlawanan dengan JDT minggu lalu.” Katanya selepas perlawanan.
Dalam masa yang sama, B Sathianathan juga menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Selangor memperoleh kemenangan disebabkan Pahang menurunkan barisan kedua.
“Pahang turunkan pasukan simpanan, kita pun lakukan perkara sama, ada beberapa pemain kita yang tak pernah.”
Untuk rekod, Selangor turun tanpa dua pemain utama iaitu Halim Shaari dan Syazwan Zainon yang baru pulih daripada kecederaan.