Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Cabaran sebenar menanti Kedah

Pertemuan Kedah menentang Felda United pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, malam ini bakal menjadi ujian sebenar buat Kedah, jelas pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak.

Biarpun Felda tidak beraksi baik di Liga Super, pengendali kelahiran Singapura tidak mahu anak buahnya mengambil muda cabaran yang bakal mereka hadapi nanti.

Justeru, beliau mahu anak buahnya tidak terlalu yakin dan menasihat para pemain untuk terus fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

“FELDA memiliki pemain dijangka mampu memberi tekanan daripada segi serangan balas kepada kubu Kedah dan pastinya mereka boleh bangkit memberi saingan seandainya kita kita lalai dan gagal menguasai perlawanan,” katanya kepada BH Sukan.