Luar Negara Berita

Video : Rodrygo Goes pemain baharu Real Madrid

Real Madrid bakal memperkenalkan pemain baharu mereka, Rodrygo Goes yang berusia 18 tahun pada Selasa ini.

Madrid membayar Santos, 40 juta euro untuk pemain antarabangsa bawah 20 tahun dan meminjamkannya kembali ke Santos untuk satu musim sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Rodrygo akan diperkenalkan di Bernabéu pada hari Selasa selepas tiba di Madrid dari São Paulo dan akan menjalani ujian kesihatan sebelum sidang akhbar pertamanya sebagai pemain Madrid pada hari itu.