Liga Super Malaysia Berita

Liga Perdana : Sabah manfaat aksi di halaman sendiri

Sabah berjaya menang tipis ke atas Negeri Sembilan pada aksi Liga Perdana di Stadium Likas, malam tadi.

Pada separuh masa pertama Sabah berjaya mencemaskan pintu gol NS apabila cubaan Rodojub Punovic dan Alto Linus hampir pasti mencipta jaringan awal.

Manakala pasukan pelawat hanya melakukan satu percubaan menerusi Muhammad Ferris Danial tetapi cubaan beliau jauh ke atas palang.

Pada aksi babak kedua, gol yang dicari Sabah akhirnya muncul menerusi Alto pada minit ke 63 apabila beliau bejaya menumpaskan penjaga gawang NS dalam situasi. satu lawan satu.

NS cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan, tetapi buntu dengan beberapa cubaan yang gagal dimanfaatkan.