Luar Negara Berita

Louis van Gaal jelaskan mengapa Ed Woodward adalah masalah utama Manchester United

Kehidupan di Manchester United sedikit goyah sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan kerusi panas pengurus dan Louis van Gaal telah membicarakan apa yang salah berlaku di United.

Kali terakhir United memenangi Liga perdana Inggeris adalah pada 2012/13 sewaktu dibawah bimbingan Alex Ferguson sebelum pengurus itu memilih untuk bersara. Sejak daripada itu, United kelihatan bergelut untuk mendekati kejuaraan itu dan hanya pernah menghampirinya di bawah Jose Mourinho apabila beliau berjaya meletakkan United di tangga kedua.

United hanya memenangi kejuaraan domestik dan sekali kejohanan antarabangsa selepas itu. Antaranya adalan Piala FA di bawah Louis van Gaal dan Jose Mourinho menghadiahkan Piala Carabao, Liga Europa dan Community Shield.

Bagaimanapun, sekali lagi musim mereka dibungkus dengan pemecatan Mourinho selaku pengurus dan menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai jurulatih di mana United menamatkan musim ini tanpa trofi dan berada di luar tempat empat teratas dalam liga.

United dikhabarkan dalam perancangan untuk membina semula pasukan pada musim panas ini. Mereka telah dikaitkan dengan banyak pemain pada musim perpindahan ini tetapi bagi bekas pengurus United, Van Gaal percaya masalah yang paling besar berlaku dalam kelab ini adalah Ed Woodward.

“Di Bayern, orang yang bertanggungjawab adalah pemain bola sepak. Saya sentiasa menghargai itu.

“Di Manchester United, sebaliknya, Ed Woodward diletak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif – seseorang yang mempunyai pemahaman sifar tentang bola sepak yang sebelum ini merupakan seorang banker.

“Ia tidak boleh menjadi perkara yang baik apabila sebuah kelab hanya dijalankan dari perspektif yang didorong secara komersil.” Katanya ketika ditemu bual oleh media Jerman.

Van Gaal dipecat setelah berjaya memenangi Piala FA bersama United sebelum digantikan dengan Mourinho.

“Saya tidak menentang kelab ini, mereka mahu Mourinho dan dia berada di pasaran, tetapi melantik Mourinho jelas menarik kepada pandangan perniagaan. ‘

“Dia memenangi perlawanan, dan untuk kelab seperti United, perkara utama adalah untuk memenangi trofi. Bagaimana kemenangan mereka bukanlah keutamaan utama, para peminat Inggeris melihatnya dengan cara yang berbeza.” Katanya