Liga Super Malaysia Berita

Medan uji pemain import – Zainal Abidin

Melaka United terikat 1-1 pada aksi persahabatan menentang UKM FC pada aksi yang dimainkan di Stadium Hang Tuah.

Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan tetap berpuas hati dengan aksi anak buahnya dan menghampurkan pujian kepada pemain simpanan yang menggunakan aksi ini sebaik mungkin.

Kata beliau lagi, perlawanan ini adalah medan ujian buat pemain import baharu Davy Claude Angan dan Dominic Balic

“Selepas hanya beraksi pada perlawanan sulung bertemu Perak di Ipoh dua minggu lalu, Angan dan Balic mempamerkan kesungguhan tinggi ketika berdepan UKM FC.

“Dalam masa sama, membolehkan mereka membentuk persefahaman dengan rakan sepasukan termasuk pemain gantian selain menterjemah corak permainan direncana,” katanya.

Selain daripada itu, Zainal turut menyenaraikan penjaga gol simpanan Oscar Wong Tse Yang serta Ramzi Haziq, Khuzaimi Piee dan Faizal Abu Bakar dalam kesebelasan pertama.