Luar Negara Berita

Liga Europa : Baku jadi saksi kejaiban Maurizio Sarri

Pada akhirnya, kejaiban Maurizio Sarri keluar dari muka tingkap dan menunjukkan kemampuan beliau dalam membawa Chelsea menjulang kejuaraan Eropah setelah menang besar ke atas Arsenal pada perlawanan yang bakal menentukan masa hadapan beliau.

Jurulatih dari Itali ini jelas tidak dapat menahan dirinya daripada masuk ke padang dan meraikan bersama-sama dengan pemainnya. Berlari meraikan kejuaraan besar pertama beliau selaku pengurus bola sepak dalam masa dua dekad. Ia jelas suatu momen yang sukar untuk digambarkan.

Biarpun permulaan yang kurang baik pada musim pertama beliau di England – diejek penyokong dengan taktikal beliau yang dilihat tidak munasabah dan mendapat kritikan daripada semua orang. Tetapi akhirnya beliau membuktikan bahawa semuanya boleh dilakukan jika kita mempunyai sifat yang sabar.

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

Biarpun kemampuan beliau masih belum jelas pada saingan Liga Perdana Inggeris, tetapi minat yang ditunjukkan oleh Juventus jelas membuktikan bahawa Sarri mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh mereka.

Buktinya adalah apabila anak buahnya dengan mudah menerkam Arsenal dengan empat gol, di sebuah kejohanan yang jauh dari rumah dan mengoyakkan bait-bait harapan Arsenal untuk layak ke pentas Liga Juara-Juara.

Ia juga adalah satu perlawanan yang menarik untuk ditonton, terutama Hazard yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid memberikan segalanya untuk peminat Chelsea ingati biarpun pahit untuk menelan bahawa mereka akan kehilangan bintang kesayangan mereka.

Baku adalah bukti nyata bahawa Sarri sedang membina sesuatu untuk Chelsea dan ianya berbalik kepada pemilik kelab, Roman Abramovich, di mana adakah beliau mahu mengekalkan Sarri dan memberikan beliau peluang kedua atau memilih untuk memecat jurulatih dari Itali ini.