Luar Negara Berita

Hazard ucap selamat tinggal

Eden Hazard menjaringkan gol ketika Chelsea memenangi Liga Europa setelah menang besar ke atas Arsenal, seperti yang dilihat bakal menjadi penampilan terakhirnya bersama Chelsea.

Selepas perlawanan, beliau ketika ditemubual akui mahukan cabaran baharu.

“Saya tidak tahu [tentang masa depan saya], saya fikir kami akan membuat keputusan dalam beberapa hari,” kata Hazard kepada BT Sport.

“Sasaran saya hari ini adalah memenangi trofi ini – itu sahaja.

“Saya telah membuat keputusan saya, seperti yang saya katakan beberapa minggu lalu.

“Sekarang ia bergantung kepada kelab, saya sedang menunggu di kedua-dua kelab, seperti bagaimana peminat menunggu, anda akan tahu dalam beberapa hari.

“Saya fikir ia selamat tinggal, tetapi dalam bola sepak anda tidak pernah tahu.

“Impian saya adalah untuk bermain di Liga Perdana, saya telah melakukannya selama tujuh tahun di salah satu kelab terbesar di dunia, jadi mungkin sudah tiba masanya untuk menghadapi cabaran baru.”

Hazard telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sebelum ini dengan terbaru, Presiden Real Madrid, Florentino Pérez menyatakan minat kepada pemain kelahiran Belgium ini.