Liga Super Malaysia Berita

Perak mahu pintas MU

Perak bakal bertemu Melaka United (MU) pada saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

Ini adalah peluang keemasan untuk Perak turun dengan misi memintas Melaka United yang hanya dibezakan dengan satu mata.

Bagi jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengharapkan agar para pemain fokus serta mahu melihat sentuhan daripada tiga pemain termasuk dua dari Brazil, Ronaldo Henrique dan Raianderson Da Costa (Careca) serta pemain muda Lubnan Hussein El Dor

“Mereka kurang cergas pada aksi berdepan Pahang sebelum ini dalam untuk berdepan Melaka, kami harap mereka dapat mencipta sesuatu buat pasukan,” kata Durakovic.

“Apa yang penting semua pemain perlu memberikan komitmen 100 peratus dan tampil dengan semangat tinggi untuk mendapatkan kemenangan.”

Ronaldo dan Careca membuat penampilan awal yang cemerlang bersama Perak apabila masing-masing sudah meledak tiga dan dua gol.