Pengendali UiTM FC, Ismail Zakaria menyifatkan masih terlalu awal untuk meletakkan mereka sebagai calon juara selepas berjaya memimpin carta Liga Perdana.
Kunci kepada kejayaan ini dapat dilihat menerusi kedua-dua penyerang mereka, Zarko Korac yang telah berjaya meledak sepuluh gol.
“Peningkatan pasukan sehingga berjaya menghuni tangga teratas liga mampu menyuntik semangat pemain untuk mengekalkan kedudukan ini hingga tamat saingan liga.
“Bagaimanapun, apa yang boleh saya rumuskan masih terlalu awal untuk diperkatakan jika ingin memperkatakan saingan Liga Super musim depan kerana masih berbaki tujuh perlawanan harus dilalui.
“Selain itu, prestasi semasa agak menurun sikit kerana mereka harus melalui latihan malam manakala pada sebelah siang menghadiri kelas agak menggusarkan kami barisan jurulatih.” katanya.