Kolum Futsal

Chun Yong dalam proses dapatkan Lesen Pro Futsal

Misi mendapatkan Lesen Pro Futsal tidaklah semudah yang disangka, akui pengendali futsal negara, Chiew Chun Yong apabile perlu melepasi dua modul lagi bagi mendapatkan lesen yang diimpikan.

Beliau yang berkelana ke Kazakhstan bulan lalu berkata tunjuk ajar jurulatih daripada Sepanyol telah banyak membantu beliau menimba pengalaman baharu membabitkan metodologi kejurulatihan, taktikal dan juga strategi.

“Selepas menjalani kursus di sana, saya dapat menyaksikan banyak perbezaan antara futsal di Asia dan juga Eropah serta Brazil. Kita melakukan penilaian terhadap perlawanan separuh akhir dan final Liga Futsal Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) di sana.

“Sudah tentu peluang ini banyak membuka mata saya dan juga jurulatih yang lain. Kebanyakkannya sesinya membabitkan sesi praktikal di mana ia membabitkan penilaian terhadap perlawanan peringkat tertinggi di Eropah.

“Kursus ini juga adalah sebahagian daripada persediaan untuk program Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di mana semua jurulatih futsal perlu memiliki Lesen Pro Futsal selepas ini,” katanya.