Malaysia Berita

PDRM ranap rekod tanpa kalah JDT II

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) akhirnya akur selepas rekod tanpa kalah mereka lebur di tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 0-1 dalam dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), sebentar tadi.

Pengendali JDT, Ervin Boban melakukan rombakan kepada pasukannya dengan membariskan semua pemain tempatan tanpa melibatkan seorang pemain import selepas Lucas Ontivero digantung satu perlawanan manakala Mohamad Ghaddar dan Bruno Soares dipalit kecederaan.

Biarpun menerima kekalahan dengan PDRM, anak buah Ervin Boban masih kekal berada di puncak Liga Perdana dengan 24 mata yang terkumpul.

Bagi PDRM pula, mereka berjaya melonjak naik ke tangga ketujuh selepas mengumpul 12 mata.