Kolum

Adakah VAR membunuh emosi perlawanan?

Video Bantuan Pengadil (VAR) adalah sistem pembantu pengadil yang mengkaji keputusan yang dibuat oleh ketua pengadil dengan menggunakan rakaman video.

Setelah diperkenalkan pada Piala Konfederasi yang lalu, serta beberapa kejohanan antarabangsa, seperti Piala Dunia FIFA 2018. VAR juga sudah mula digunakan dalam beberapa pertandingan utama Eropah, termasuk Seria A, Budesliga dan FA Cup di England.

Cara VAR bekerja telah ditunjukkan dengan teliti. Pada Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung di Rusia. Bilik kawalan VAR telah dikawal oleh empat orang pengadil, manakala empat orang pengadil lain mengawal perlawanan di padang.

Para pengadil akan sentiasa berkomunikasi. Jika terdapat beberapa keputusan yang perlu dilihat semula, ketua pengadil akan melihat skrin di tepi padang untuk mengkaji semula keputusan beliau.

Sejak diperkenalkan, VAR telah banyak mencetuskan kontroversi dan debat. Para peminat serta pengkritik bola sepak mengatakan bahawa VAR telah menghilangkan rasa teruja pada perlawanan bola sepak. Selain daripada itu para pengkritik juga percaya bahawa sistem VAR telah banyak membuang masa.

Ia dapat dilihat pada Perlawanan Akhir Piala Dunia Fifa 2018 di antara Crotia dan Perancis, di mana pengadil telah memberi sepakan penalti kepada Perancis setelah meneliti semula perlawanan dengan mengunakan VAR. Persoalan yang dibincangkan adalah masa yang diambil terlalu lama oleh ketua pengadil untuk melihat semula kejadian tersebut.

(Photo by Simon Stacpoole/Offside/Getty Images)

Selain daripada itu, pengkritik juga mengatakan emosi sesuatu perlawanan itu telah hilang sejak VAR diperkenalkan. Bagi para penyokong pula, VAR adalah satu bencana yang membunuh perlawanan.

Emosi dan semangat yang tinggi telah dibunuh apabila pengadil memberhentikan perlawanan serta mengambil masa yang lama untuk mengkaji semula perlawanan.

“Ia mencuri keseronokan daripada bola sepak, pemain tidak memeluk satu sama lain selepas menjaringkan gol lagi, sebaliknya mereka melihat ke arah pengadil. Ia menghilangkan semangat dan keseronokan bola sepak,” kata Simone Inzaghi, pengurus Lazio, ketika ditanya mengenai VAR.

“Bola sepak adalah emosi,” kata Sami Khedira, pemain tengah Juventus. “Sekarang, pemain tidak tahu sama ada untuk meraikan gol atau tidak. Itulah kematian bola sepak.”

Selain daripada itu, ada juga beberapa penyokong serta pengkritik bola sepak yang melihat VAR dari sudut positif. Mereka mengatakan bahawa VAR telah banyak membantu pengadil dalam membuat keputusan.

Tambah mereka, VAR bukan sahaja akan membantu pengadil tetapi akan menjadikan perlawanan itu seadil-adilnya. VAR adalah satu sistem yang akan menambah baik sesuatu perlawanan.

VAR akan memberi keputusan yang tepat yang sepatutnya diberikan. Ia akan membantu pengadil dalam membuat keputusan terhadap kad merah, gol, penalti dan kejadian-kejadian yang lain.