Malaysia Berita

Selangor pulang suka, Kedah tinggal kecewa

Selangor boleh menarik nafas lega apabila mampu pulang dengan 1 mata berharga apabila seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik apabila serangan demi senangan daripada kedua-dua pasukan.

Ianya bermula apabila hantaran Rizal Ghazali berjaya mencari Renan Alves tetapi gagal ditolak masuk oleh beliau.

Farizal Harun menyelamatkan cubaan cantik tuan rumah apabila hantaran Fernando Rodriguez diterima baik oleh Jonatan Bauman yang merembat.

Selangor membalas serangan terbabit pada minit ke-18 melalui bekas pemain Kedah, Sandro Da Silva, di mana rembatan beliau berjaya menewaskan penjaga gawang Kedah, Ifwat Akmal.

The Red Giants hampir menambah gol kedua apabila Syahmi Safari mendapat hantaran daripada Sean Selvaraj pada minit ke-22 namun percubaannya gagal membuahkan hasil.

Gol Kedah menerusi kapten mereka, Baddrol Bakhtiar yang menyamakan kedudukan lima minit sebelum tamat babak pertama.

Lima minit sebelum tamat babak pertama Kedah menyamakan kedudukan menerusi kaptennya, Baddrol Bakhtiar yang menanduk cantik menewaskan Farizal Harun hasil hantaran Azmeer Yusof dari sebelah kanan gawang Selangor.