Kemenangan tipis, 2-1 Kelantan ke atas Pulau Pinang seharusnya mampu dilihat daripada sudut positif apabila melalui beberapa siri episod kekalahan di laman sendiri pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV.
Flavio Beck menguji gawang Pulau Pinang dahulu pada minit kedua perlawanan tetapi sedikit tersasar.
Hantaran pemain Pulau Pinang, Azrul Ahmad pada minit ke-24 berjaya mencari Sebastian Thuriere, namun tandukan beliau ditepis baik oleh penjaga gol Kelantan, Damien Lim.
The Red Warriors (TRW) membuktikan bahawa mereka mampu bangkit apabila Nik Akif Syahiran Nik Mat menyempurnakan hantara pendek Flavio Beck Junior untuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-30.
Kelantan terus menunjukkan motivasi untuk bangkit apabila gol kedua mereka hadir pada minit ke-42 menerusi Azwan Aripin yang membuat larian solo dari bahagian kiri dan meledak.
Keputusan tersebut kekal sehingga penghujung babak pertama dan kedua perlawanan.
Kemenangan nyata memberi motivasi kepada pasukan yang digeruni satu masa lalu untuk bangkit gah kembali.
Pasukan yang terkenal dengan warna merah putih ini mengalami beberapa episod kecewa apabila terdapat permasalahan di dalam dan luar padang.