Luar Negara Berita

Solskjaer percaya United mampu layak ke Liga Juara-Juara

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya bahawa pasukannya masih mampu untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan biarpun prestasi mereka kian merudum.

United sebelum ini tewas dua perlawanan liga, di mana United dimalukan oleh Everton 4-0 sebelum tewas kepada pendahulu liga, Manchester City, 0-2 di laman sendiri.

Kekalahan ini menyaksikan United telah merekodkan tujuh kekalahan daripada sembulan perlawanan dalam semua kejohanan.

Dengan Chelsea bakal bertandang ke Old Trafford, Ahad ini. Solskjaer meminta para pemain beliau untuk lebih bersedia dan sedia untuk bertarung bagi merebut tempat ke Liga Juara-Juara.

“Kami perlu lebih kualiti pada Ahad dan jika kami menang perlawanan itu, ada lagi dua perlawanan perlu dilalui,” kata Solskjaer kepada manutd.com.

“Sudah tentu kami mahu berada di kedudukan empat teratas. Saya masih belum merancang untuk bermain malam Khamis (dalam Liga Europa). Kami hanya perlu pastikan kami mendapat peluang pada Ahad.

“Ada tiga perlawanan sebelum penamat musim, kami ketinggalan tiga mata di belakang empat pasukan teratas dan tiada siapa memberikan kami peluang beberapa bulan lalu.

“Ia mungkin memberi kesan kepada pemain. Tugas saya sekarang ialah melihat siapa sanggup berkorban untuk berada di sini.”