Paris Saint-Germain dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas Kylian Mbappe meledak hatrik untuk memberi kemenangan 3-1 ke atas Monaco.
Pada perlawanan yang menyaksikan kepulangan Neymar, penyerang kelahiran Perancis tersebut dikhabarkan akan terus kekal memberi komitmen kepada PSG biarpun dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.
“Saya di sini, saya sudah menandatanganinya,” kata Mbappe yang dikaitkan dengan Real Madrid.
“Bagus untuk Real jika ada Zizou (pengendali Madrid Zinedine Zidane), saya akan menonton perlawanan mereka sebagai peminat.”
Mbappe telah meledak 30 gol musim ini dengan jaringan hatrik beliau hadir beberpa jam selepas PSG dinobatkan juara buat kali keenam dalam tempoh tujuh tahun.
Penyerang 20 tahun itu mensasarkan kejuaraan domestik menjelang final Piala Perancis menentang Rennes minggu depan.
“Kami kecewa apa yang berlaku dengan Manchester United, tetapi saingan tetap diteruskan. Kami mengharapkan lebih daripada Liga Juara-Juara tetapi itu tidak boleh membantutkan semangat kami.
“Saya gembira, musim ini belum berakhir, dan saya mahu terus menjaringkan gol,” katanya