Luar Negara Berita

Zidane puji Benzema sebagai pemain nombor 9 terbaik

Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane memuji Karim Benzema sebagai pemain nombor sembilan terbaik dalam dunia selepas penyerang iti meledak hatrik dalam kemenangan 3-0 ke atas Athletic Bilbao di Bernabeu.

Penyerang Perancies itu telah meledak 21 gol dalam kempen La Liga musim ini dan meletakkan beliau sebagai penjaring kedua terbanyak di belakang Lionel Messi.

“Saya tahun Benzema pemain yang bagaimana, semua orang tahu. Jumlah jaringannya amat menakjubkan,” kata Zidane.

“Apa yang dia lakukan, dan hakikat yang dia hanya kurang dua gol untuk jumlah jaringan terbaiknya, memberi gambaran sebenar. Semua orang boleh mempunyai pendapat tentang siapa pemain nombor sembilan terbaik dan bagi saya ia adalah Karim.

“Dia berkeyakinan, dia juga sedar anda mampu menjadi lebih baik, dan ia sangat hebat. Ia tidak mengejutkan saya apa yang dia lakukan.”

Walau bagaimapun, perlawanan itu di selebungi dengan insiden ejeken penyokong terhadap Gareth Bale dan membuatkan Zidane hairan dengan sikap penyokong.