Malaysia Berita

JDT kuasai carta pemain paling mahal di Malaysia

Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo berada di kedudukan pemain termahal dalam Liga Super dengan nilai pasarannya dianggarkan £900,000 (RM4.8 juta).

Manakala di tempat kedua, rakan sepasukkan Diogo di JDT, Learndro Velazquez dan pemain Terengganu, Sanjar Shaakhmedov berada di kedukan kedua dengan masing-masing mempunyai nilai sebanyak £720,000 (RM3.8 juta).

Ditempat ketiga pula dikuasai oleh Mauricio Nascimento dan Gonzalo Cabrera sebagai pemain import paling mahal Liga Super dengan masing-masing dinilai dengan harga £675,000 (RM3.6 juta).

Nilai tiga kedudukan pemain import paling mahal ini dikeluarkan oleh laman web www.transfermarkt.co.uk.

JDT terus menguasai kedudukan dengan memilik pemain berdarah campuran paling mahal iaitu Natxo Insa dengan nilai pasaran £720,000 (RM3.8 juta) dan La’Vere Corbin-Ong pula £248,000 (RM1.3 juta).

Bagi pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh dinilai dengan harga £225,000 (RM1.2 juta).

Pemain tempatan yang menguasai carta adalah Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar dengan masing-masing dinilai pada harga £360,000 (RM1.9 juta) dan £315,000 (RM1.6 juta).

Carta pemain muda pula dikuasai oleh Syami Safari – £90,000 (RM485,000), Safawi Rasid – £68,000 (RM366,000) dan Akhyar Rasid – £45,000 (RM242,000) oleh ww.transfermarkt.co.uk.

INFO

Pemain Import

1- Diogo Luis Santo (JDT) – £900,000 (RM4.8 juta)

2 – Leandro Velazquez (JDT) – £720,000 (RM3.8 juta)

3 – Sanjar Shaakhmedov (Terengganu) – £720,000 (RM3.8 juta)

4 – Mauricio Nascimento (JDT) – £675,000 (RM3.6 juta)

5 – Gonzalo Cabrera (JDT) – £675,000 (RM3.6 juta)

6 – Ze Love (Pahang) – £630,000 (RM3.4 juta)

7 – Wander Luiz (Perak) – £495,000 (RM2.6 juta)

8 – Liridon Krasniqi (Melaka United)- £450,000 (RM2.4 juta)

9 – Dickson Nwakaeme (Pahang)- £450,000 (RM2.4 juta)

10 – Giancarlo Rodrigues (PKNP) – £405,000 (RM2.1 juta)

Naturalisasi / Berdarah Campuran

1 – Natxo Insa – £720,000 (RM3.8 juta)

2 – La’Vere Corbin-Ong – £248,000 (RM1.3 juta)

3 – Mohamadou Sumareh – £225,000 (RM1.2 juta)

Pemain Tempatan

1- Safiq Rahim – £360,000 (RM1.9 juta)

2 – Baddrol Bakhtiar – £315,000 (RM1.6 juta)

3 – Hadin Azman – £180,000 (RM970,000)

4 – Syafiq Ahmad – £158,000 (RM851,000)

5 – Hazwan Bakri – £158,000 (RM851,000)

Pemain Tempatan B-22

1- Syahmi Safari – £90,000 (RM485,000)

2 – Safawi Rasid – £68,000 (RM366,000)

3 – Akhyar Rashid – £45,000 (RM242,000)