
Bintang tengah Manchester United, Paul Pogba setia bersama Red Devils biarpun terdapat khabar angin mengaitkan beliau dengan Real Madrid, kata Ole Gunnar Solskjaer.
“Mungkin memang ada kempen ke arah itu, mungkin juga ia hanya gembar gembur pihak media. Kita tidak akan tahu apa yang sebenarnya, tapi berdasarkan perbualan saya dengan Pogba, ia sentiasa positif untuk kekal bersama kelab ini,” kata Solskjaer.
“Saya tidak nampak sebarang perbezaan mengenainya setiap kali saya bercakap dengannya. Dia fokus dengan prestasinya dan dia pemain yang membanggakan. Dia selalu memberikan yang terbaik buat pasukan.
“Selepas 15 minit (ketika menentang Barcelona yang berkesudahan United kalah 0-1 dalam suku akhir Liga Juara-Juara Rabu lalu), kami ada bercakap mengenai masa depan Fred dan Scott (McTominay), tapi kehadiran Paul menyebabkan kami kekal bersemangat.
“Dia meredakan kami seketika, terutama pada babak pertama. Kami sudah hilang punca menuju hujung saingan tapi dengan usaha yang dia berikan itu memang sangat menakjubkan.
Manchester United bakal bertemu West Ham pada perlawanan Liga Perdana Inggeris malam ini sebelum bertemu Barcelona pada perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara.