Luar Negara Berita

France Football yakin Pogba akan ke Real Madrid

Majalah bola sepak yang terkemuka di Perancis, yakin bahawa pemenang Piala Dunia dan pemain tengah Manchester United akan melakukan perpindahan ke Santiago Bernabeu.

Madrid sedang dalam proses mendapatkan pemain tengah Chelsea, Eden Hazard dan kini perhatian mereka berpaling ke arah Pogba.

“Pogba : Route to Real,” tajuk muka hadapan edisi terbaru France Football yang akan dikeluarkan pada hari Selasa.

France Football meramalkan pemain berusia 26 tahun akan meninggalkan Old Trafford dan menuju ke ibu kota Sepanyol.

“Ia adalah masa untuk pergi,” ditulis di halaman dalam serta merujuk kepada keinginan “[Pogba] untuk berjaya dan keinginannya untuk menjadi antara yang terhebat.”

Penulis meramalkan bahawa ketiba Ole Gunnar Solskjaer telah menjadikan Pogba sebagai pemain penting di dalam skuad Red Devils tetapi idea untuk menyertai Los Blancos tidak pernah luntur di dalam fikiran pemain tengah Perancis.

Tambahan penulis lagi, untuk memenangi sesuatu, di mana telah menjadi keutamaan untuknya adalah dengan menyertai pasukan yang akan bermain di Liga Juara-Juara. Satu situasi yang masih tidak pasti buat United setelah tewas di tangan Wolverhampton Wanderers.

Pogba turut menyedari bahawa tiada siapa yang mengingati bahawa beliau pernah memenangi Liga Europa sewaktu mengalahkan Ajax pada akhir 2017 dan orang lebih mengingati Real Madrid yang telah merangkul tiga kejuaraan Eropah sebelum ini.

France Football turut menyatakan bahawa faktor usia Pogba yang masih muda adalah waktu yang tepat untuk berpindah ke Los Blancos.

Di samping itu, France Football percaya Pogba mampu untuk bangkit menjadi pemain ternama lebih daripada apa yang beliau nikmati ketika di Liga Perdana.

United tidak lagi menjadi kuasa dominasi di England, biarpun mereka cuba untuk bangkit semula, Pogba tidak bersedia untuk menunggu. “Kereta api dengan destinasi Madrid, mungkin ia tidak berhenti buat kali kedua di Manchester,”