Luar Negara Berita

Pogba mahu pergi, Real Madrid kata mari

Real Madrid berada dalam persedian terakhir untuk mendapatkan penyerang Chelsea, Eden Hazard dan Los Blancos juga kini bakal mengalihkan perhatian mereka ke arah Paul Pogba.

Pemain Perancis itu adalah sasaran untuk memperkuatkan bahagian tengah, walaupun perjanjian ini akan jauh lebih sukar daripada Hazard kerana mereka tahu betapa mahalnya Pogba untuk di bawa keluar daripada Manchester United.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

United akan melakukan segala-galanya untuk mengekalkan beliau. Dikhabarkan terdapat tawaran baharu kontrak kepada pemain berusia 26 tahun tersebut melalui ejennya, Mino Raiola dan mesej jelas yang dikeluarkan oleh kelab adalah beliau tidak akan dijual.

Di Madrid, situasi tenang dan Los Blancos berharap Raiola dan Pogba dapat memberi tekanan ke atas United, walaupun mereka menyedari bahawa dia akan menelan belanja sekurang-kurangnya 120 juta euro.

Los Blancos, atas permintaan Zinedine Zidane, akan melakukan segala-galanya untuk menandatangani Pogba biarpun terpaksa membayar harga yang mahal.

Real Madrid dibawah kendalian Zidane sedang dalam proses tranformasi dan Pogba dilihat calon paling sesuai untuk menjadi tulang belakang Los Blancos.

United pula bertekad untuk mengekalkan beliau dan mereka tidak akan menjual beliau tanpa pemain bintang lain yang masuk. The Red Devils akan kehilangan Ander Herrera dan Ole Gunnar Solskjaer dilihat akan mencari pemain lain untuk menguatkan bahagian tengah bersama-sama dengan Pogba.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Manakal di Madrid, mereka berharap dapat menandatangai Pogba kerana Zidane percaya pemain nombor 6 United, mempunyai banyak kualiti, kreatif dan mempunyai sikap seorang pemimpin.

“Saya sangat suka Pogba, saya kenal dia secara peribadi,” kata Zidane minggu lalu.

“Dia pemain yang berbeza, dia membawa banyak kebaikan [kepada pasukannya].

“Terdapat beberapa [pemain] yang menyumbang sebanyak yang dia lakukan.

“Dia tahu bagaimana untuk bertahan, menyerang, dan melakukan segala-galanya di tengah padang.”