Kolum

Paul Scholes, pemain tengah yang ‘indah khabar daripada rupa’?

Paul Scholes, pemain penting yang membantu Manchester United mendapat pelbagai kejuaraan di peringkat domestik dan Eropah sebenarnya merekodkan bantuan gol dengan jumlah yang sedikit daripada apa yang anda fikirkan.

Scholes, yang menghabiskan masa selama 19 tahun di Old Trafford, tetap dianggap sebagai pemain tengah terbaik Liga Perdana sepanjang zaman.

Dia kerap menghidupkan bahagian tengah dengan hantaran jauh dari 35 atau 40 meter dan santai berjalan ditengah padang.

Biarpun memegang rekod sebagai pemain tengah terbaik sepanjang zaman, Scholes sebenarnya tidak mencatat banyak bantuan gol untuk setiap musim dan paling banyak bantuan gol yang pernah direkodkan beliau hanyalah tujuh.

Manakala pemain pertahanan Liverpool, Andy Robertson telah mencatatkan sembilan bantuan gol musim ini.

Scholes tidak disangkal lagi adalah pemain terbaik yang pernah dihasilkan daripada akademi United dan telah berjaya dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Keupayaan pemain berusia 43 tahun ini dalam membina permainan dan menjaringkan gol tidak dapat disangkal lagi, tetapi dalam 499 penampilan Liga Perdana, Scholes hanya berjaya mengumpulkan 55 bantuan gol.

Daripada 55 bantuan gol, purata satu musim bantuan gol yang berjaya dilakukan Scholes hanyalah tiga.

Secara hakikatnya, James Milner, Peter Crouch dan Steward Downing telah mencatat bantuan gol lebih banyak daripada Scholes.

Biarpun telah mencatat nama selaku pemenang 11 gelaran Liga Perdana dibawah bimbingan Alex Ferguson, statistik ini agak mengejutkan bagi pemain yang dianggap kreatif dengan beberapa hantaran tepat.

Bekas rakan sepasukan Scholes, Ryan Giggs mendahului carta dengan 162 bantuan gol, manakala Cecs Fabregas (111), Wayne Rooney (103), Frank Lampard (102) dan Dennis Bergkamp (94)

Musuh seteru Scholes, Steven Gerrad merekodkan 92 bantuan gol sepanjang bersama Liverpool.

Pada akhir musim 2011, Scholes memutuskan untuk bersara daripada kancah bola sepak profesional tetapi enam bulan selepas itu, beliau kembali daripada persaraan setelah dipanggil Alex Ferguson.

Beliau sempat bermain selama 18 bulan, memenangi satu gelaran dan kemudian bersara bersama-sama dengan Alex Ferguson.