Luar Negara Berita

Rekod jaringan Messi tanpa Xavi, Iniesta dan Neymar matikan debat beliau tidak boleh bermain tanpa mereka

Lionel Messi telah bersama Barcelona lebih dari satu dekad.

Sejak pemain Argentina berusia 31 tahun memecah masuk ke pasukan senior kelab gergasi Sepanyol, beliau telah bermain dengan ramai pemain bertaraf dunia.

Walaupun ramai pemain telah meninggalkan kelab pada masa kini, tentu saja, terdapat persoalan sama ada kapten Barcelona boleh melakukannya tanpa pemain-pemain penting di sekelilingnya.

Barca Universal telah menyusun statistik persembahan Messi tanpa Xavi, Neymar dan Andrés Iniesta, di mana mengejutkan bahawa beliau semakin menyerlah tanpa beberapa nama besar yang dikatakan banyak membantu beliau.

Berikutan pemergian Xavi pada tahun 2015, pemenang Ballon d’Or lima kali ini telah menjaringkan 181 gol dalam 193 perlawanan.

Ketika Paris Saint-Germain menandatangani Neymar untuk perpindahan rekod dunia pada 2017, Messi menjaringkan 82 gol dalam 92 pertandingan.

Untuk rekod bersama Iniesta pula. Selepas Iniesta meninggalkan Barcelona dan menyertai Vissel Kobe tahun lalu, kapten Argentina telah menunjukkan persembahan yang baik pada musim ini dengan 38 penampilan dan mencatat 41 gol.

Messi kini menjaringkan lebih daripada 40 gol untuk sepuluh musim berturut-turut.