Luar Negara Berita

Pendidikan adalah kunci kepada masalah diskrimasi kaum – Gareth Southgate

Gareth Southgate mengatakan pendidikan adalah kunci untuk menangani isu perkauman yang dialami oleh pemain England di Montenegro.

England mengalahkan Montenegro 5-1, tetapi media tidak banyak bercakap soal kemenangan Three Lions selepas pertembungan kelayakan EURO 2020 itu dirosakkan oleh sorakan berbaur perkauman.

Montenegro didakwa melakukan sorakan perkauman ke atas beberapa pemain England – termasuk Raheem Sterling, Danny Rose dan Callum Hudson-Odoi – yang menjadi sasaran utama pada pertembungan kedua-dua negara Isnin lalu.

(Photo by Ashley Western/MB Media/Getty Images)

Rose dan Hudson-Odoi menjadi mangsa ejekan dengan nyanyian monyet pada separuh masa pertama manakala Sterling membalas sorakan tersebut dengan meraikan jaringan beliau sambil menutup telinga dan menulis di laman twitter miliknya sebagai protes kepada sorakan ‘perkauman’.

Dikhabarkan UEFA sudah memulakan penyiasatan ke atas isu tersebut.

Pengurus England, Southgate berkata. “Mengenai sekatan, sekatan hanya boleh digunakan jika mereka belajar.

“Sekatan akan menjadi tidak berfaedah jika tiada apa-apa untuk membantu mendidik mereka.

“Anak-anak saya tidak akan berfikir selama satu minit tentang tempat mereka dilahirkan, apa bahasa yang mereka bicarakan, warna [kulit] mereka.

. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Ada anak muda yang tidak bersalah hanya dipengaruhi oleh orang yang lebih tua, jadi kita mesti memastikan bahawa pendidikan itu sesuai untuk semua orang.

“Di negara saya, perkara sama juga berlaku. Seperti saya katakan sebelum ini, saya tidak duduk di sini hanya mengkritik apa yang berlaku malam ini kerana di negara saya, kita mempunyai masalah yang sama, kita tidak bebas daripada itu [masalah perkauman].

“Anda boleh membuat sekatan ke atas kelab [atau negara], tetapi terus terang itu tidak akan menghentikan satu atau dua orang yang mempunyai buah fikiran untuk melakukan perkara yang mereka mahu lakukan.

“Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa kita mendidik anak muda kerana kita mempunyai peluang yang lebih baik dengan anak muda dan kemudian kita harus memimpin mereka seberapa jauh yang kita boleh.”

(photo by Nikola Krstic/Action Plus via Getty Images)

Peraturan UEFA menyatakan bahawa jika penyokong terlibat dalam perilaku perkauman maka “persatuan atau kelab anggota bertanggungjawab dihukum dengan minimum penutupan stadium”.

Perkara 14 juga menyatakan bahawa langkah-langkah tatatertib tambahan boleh dikenakan bergantung kepada keadaan, sementara “langkah tatatertib boleh digabungkan dengan arahan khusus yang bertujuan untuk menangani kelakuan sedemikian”.