
Mada depan Santiago Solari bergantung kepada kemenangan Real Madrid pada kempen Liga Juara-Juara minggu ini setelah dua kekalahan dengan Barcelona dalam masa empat hari telah membawa masalah yang sama.
Selepas ditendang keluar pada kempen Copa del Rey dan dianggap tidak mempunyai kekuatan untuk bersaing bagi merebut kejuaraan liga, wajah kemenangan seperti tiada dalam skuad kendalian Solari.
“Kami perlu bertindak balas,” kata pemain pertahanan Dani Carvajal. “Ini mungkin salah satu minggu paling sukar dalam masa saya di sini.”
Secara teorinya, Ajax lebih layak menang ke atas Real Madrid pada perlawanan pertama Pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah. Kemengan 2-1 di Amsterdam semestinya dapat memberi kelebihan kepada pasukan Real Madrid.
Tetapi tiga kekalahan di Santiago Bernabeu untuk pertama kali setelah 15 tahun adalah sesuatu yang menyakitkan buat kelab terbesar dunia.
Ajax sepatutnya menggunakan kelemahan Madrid untuk layak ke peringkat suku akhir pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah nanti dengan Solari yang diikat sehingga musim 2021 dilihat tidak akan kekal lama di Madrid.
Jose Mourinho yang menjadi pengkritik di BEIN Sports pada perlawanan Clasico minggu lalu selalu dilihat sebagai oportunis tetapi realitinya dia masih dianggap yang terbaik pernah mengendali Madrid.
Tetapi Solari perlu tahu yang Real Madrid pernah berada situasi ini.
Musim lalu, Madrid yang dikendalikan oleh Zinedine Zidane telah dicampak keluar oleh kelab bawa Leganes pada kempen Copa del Rey dan terkeluar daripada saingan La Liga.
Tetapi kemenangan ke atas Juventus dan Paris Saint-Germain telah memadam segala kekalahan yang dialami oleh mereka dan bertambah manis apabila mereka memenangi kejohanan Liga Juara-Juara Eropah setelah mengalahkan Liverpool.
Solari semestinya akan membayar harga yang mahal jika badi kekalahan di peringkat domestik mengikut mereka sehingga ke kempen Liga Juara-Juara setelah memenangi kejohanan tersebut sebanyak empat kali dalam masa lima tahun.