Malaysia Berita

Akhirnya Presiden PFA Umum Letak Jawatan

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie mengumumkan peletakan jawatan  berkuat kuasa hari ini.

Peletakkan jawatan ini berpunca daripada isu tunggakan gaji pemain musim lalu dan pemain musim ini sehingga menyebabkan PFA diharamkan daripada menyertai Liga Malaysia.

Keputusan peletakan jawatan beliau diumumkan kepada Berita Harian susulan daripada desakan daripada penyokong dan rakyat Perlis.

“Saya meletakkan jawatan sebagai Presiden PFA berkuatkuasa hari ini dan surat peletakan jawatan sudah dihantar kepada Penolong Setiausaha PFA.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah membantu sepanjang empat bulan sebagai Presiden PFA.

“Saya memohon sejuta kemaafan kepada para peminat dan penyokong bola sepak Perlis atas kegagalan saya memimpin.

“Saya sudah melakukan yang terbaik demi menaikkan kembali nama Perlis namun setakat ini sahaja yang saya mampu. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya menerusi satu kenyataan itu lagi.