Luar Negara Berita

Liverpool Perlu Menang Semua Perlawanan – Graeme Souness

Kemenangan Manchester City ke atas Chelsea malam semalam membawa mereka kembali berada di taktha liga berkongsi mata dengan Liverpool tetapi dibezakan oleh jaringan.

Bagaimanapun, pasukan pengendali kelahiran German, Jurgen Kloop mempunyai satu perlawanan di dalam tangan menentang Manchester United.

Ini bermakna Liverpool perlu menang semua perlawanan jika mahu menjarakkan mata dengan Manchester City bagi merebut peluang memenangi Liga Perdana Inggeris.

Photo by Matt McNulty – Manchester City/Man City via Getty Images

Bagi pengulas Sky Sport, Graeme Souness mengambarkan bahawa City adalah pasukan yang kuat dan sukar untuk ditewaskan. Manakala Liverpool perlu menang setiap perlawanan jika mahu mengekalkan kedudukan teratas liga serta mengutip mata maksimum.

“City sangat hebat, saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya, saya melihat lima minit pertama dan menganggap Chelsea boleh mengatasinya tetapi kemudian mereka melepaskan gol dan melepaskan lagi satu gol yang buruk.

“City telah meletakkan penanda aras hari ini. Liverpool perlu menang setiap perlawanan untuk memenangi liga ini.

“Cara Liverpool menewaskan Bournemouth, Sabtu lalu tidak mengesahkan mereka telah kembali kepada prestasi terbaik mereka.

“Tetapi City telah mengesahkan kebangkitan mereka selepas beberapa keputusan yang buruk, mereka bangun ; ‘kami bangun, ini adalah bagaimana kami akan menamatkan musim ini.'”

“Kalau itulah caranya antara sekarang dan akhir musim, Liverpool harus memenangi setiap perlawanan. Itulah yang mereka perlu cari.”