Luar Negara Berita

Higuaín Sertai Chelsea Dari Juventus Secara Pinjaman Dengan Pilihan Membeli

Chelsea mengumumkan telah berjaya mendapatkan khidmat pemain Argentina, Gonzalo Higuan secara pinjaman daripada Juventus dengan pilihan untuk membeli.

Higuain akan kembali bekerjasama dengan Maurizio Sarri selepas menamatkan pinjaman beliau dengan Milan untuk menyarung jersi Chelsea. Sarri adalah individu yang bertanggungjawab menjadikan Higuain penjaring terbanyak Seria A pada musim 2015/16

Pemain berusia 31 tahun itu telah menjaringkan lapan gol dalam 22 penampilan bersama Milan dan tidak dapat diturunkan ketika Chelsea bertemu Tottenham dalam aksi separuh akhir kedua Piala Carabao, hari ini.

“Apabila peluang untuk menyertai Chelsea muncul sendiri, saya terpaksa mengambilnya,

“Ia satu pasukan yang selalu saya suka yang mempunyai banyak sejarah, stadium yang indah dan mereka bermain di Liga Perdana, satu liga yang saya selalu ingin bermain. Saya kini berharap saya dapat memberikan kepercayaan yang telah ditunjukkan Chelsea kepada saya. Saya tidak sabar untuk memulakan dan saya berharap dapat menyesuaikan diri secepat mungkin.” Katanya

Ketibaan Higuaín bermakna Álvaro Morata kini dijangka meninggalkan London barat.

Sarri percaya bekas pemain Real Madrid dan Juventus, Higuaín dapat menyumbang lebih daripada sekadar gol bagi membantu Blues dalam kempen Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

“Sangat sukar pada bulan Januari untuk mencari salah satu penyerang paling penting di dunia. Jadi saya rasa kelab ini berfungsi dengan baik kerana tidak mudah untuk mendapatkan striker baru,

“Kami harap dia akan membawa gol kepada kami. Dia juga sangat baik dalam aspek-aspek lain, selain daripada menjaringkan gol sahaja, tetapi itulah yang kita harapkan. Beliau mengalami beberapa masalah baru-baru ini, tetapi kami berharap kami dapat membawanya kembali ke bentuk terbaiknya.” kata Sarri.