Vietnam terpaksa menunggu untuk melangkah ke pusingan 16 Piala Asia 2019 biarpun pasukan Park Hang-seo berjaya mengalahkan Yemen 2-0 di Stadium Hazza bin Zayed.
Jaringan daripada sepakan percuma Nguyen Quang Hai dan penalti kapten Que Ngoc Hai memastikan Vietnam memperolehi tiga mata penuh. Tetapi anak buah Park kekurangan satu gol untuk memastikan tempat mereka ke pusingan kalah mati.
Vietnam menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan D dan tiga mata yang mereka kumpulkan dari kemenangan ke atas Yemen bermakna mereka dalam pencarian untuk satu slot daripada empat slot yang diberikan kepada pasukan ketiga terbaik.
Walau bagaimanapun, mereka kini duduk di belakang Republik Kyrgyz pada perbezaan gol, bermakna Republik Kyrgyz telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Vietnam kini terpaksa menunggu pertemuan antara Lebanon dan Korea DPR dalam Kumpulan E dan pertemuan Kumpulan F antara Oman dan Turkmenistan sebelum mengetahui mereka akan kekal di United Emeriah Arab Bersatu (UAE) atau harus mengemas pulang.