Persembahan yang menakjubkan oleh David de Gea sewaktu menentang Tottengam Hotspur semalam menjadikan dia sebagai penjaga gol kelahiran Sepanyol yang terbaik pernah menyarung jersi Manchester United, jelas pengurus sementara United, Ole Gunnar Solkjaer.
De Gea menyelamatkan 11 cubaan pada separuh masa kedua di Wembley ketika United berada di kedudukan yang selesa setelah Marcus Rashford berjaya menjaringkan gol awal untuk memberi kemenangan keenam kepada Solskjaer selepas mengambil alih tugas daripada Jose Mourinho.
Perlawanan tersebut seolah-olah De Gea menentang Tottenham setelah beliau membuat beberapa halangan yang baik untuk menyangkal cubaan Dele Alli, Harry Kane atau Toby Alderweireld dalam memburu gol penyamaan.
David de Gea juga mencipta rekod dengan menjadi salah satu penjaga gol yang menyelamatkan cubaan paling banyak di Liga Perdana musim ini. Solskjaer yang pernah bermain dizaman penjaga gol kelahiran Denmark, Peter Schmeichel dan pemain Belanda, Edwin van der Saar, mengakui bahawa De Gea mampu untuk atasi rekod kedua-dua penjaga gol tersebut.
“Kami mempunyai beberapa penjaga yang hebat di kelab ini dan saya fikir dia mencabar kedua-dua (Edwin dan Peter) untuk tempat nombor satu dalam sejarah,” kata Solskjaer kepada pemberita.
“Kami mempunyai pertahanan yang baik dan David di belakang mereka adalah sukar dipercayai. Anda dibenarkan untuk mempunyai penjaga gol yang baik.
“Saya bermain dengan beberapa penjaga gol yang hebat, kami mempunyai tradisi untuk memilikinya dan dia telah berkembang dan berkembang.” kata Solskjaer