Liga Super Malaysia Berita

Khairul Fahmi Bakal Bersaingan Dengan Tse Yang

Penjaga gol baru Melaka United (MU), Oscar Wong Tse Yang bakal bersaing bersama-sama Khairul Fahmi Che Mat dalam merebut tempat sebagai penjaga gol utama MU musim hadapan.

Anak kepada penjaga gol lagenda negara, Wong Kam Fook ini pernah beraksi di liga Hong Kong.

Beliau perlu membuktikan keupayaan beliau pada sesi latihan dan perlawanan persahabatan bagi mendapatkan kepercayaan pengendali MU, Zainal Abidin Hassan bagi menjadi penjaga gawang utama pasukan MU untuk kempen Liga-Malaysia musim hadapan.

“Pemain ini menjalani latihan bersama kami dengan pemantauan khas oleh pembantu jurulatih yang juga bekas penjaga gol kebangsaan, Mazlan Wahid.

“Ruang akan diberi secukupnya untuk dia bersedia daripada segi mental dan fizikal serta terus mengasah bakat bersama kami. Namun, kami yakin dia mampu menyerlah,” katanya.

Pemain yang memiliki ketinggian 189 sentimeter ini bersetuju untuk menyarung jersi skuad Hang Tuah selepas berhijrah daripada kelab Hong Kong, BC Rangers.

Kedatangan beliau menjadikan MU sebagai kelab pertama bakal merancakkan lagi saingan Liga-M dan jika beliau beraksi cemerlang, skuad negara pasti akan menggunakan khidmat beliau.