Luar Negara Berita

Pochettino Mahu Fokus Dengan Tottenham, Tidak Tolak Ke United

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino tidak menolak kemungkinan akan mengurus Manchester United biarpun sudah menandatangi kontrak lima tahun dengan Tottenham pada Mei lalu.

Beliau adalah antara calon utama bagi mengambil alih kerusi panas United selepas Jose Mourinho dipecat sebagai pengurus United.

Pachettino juga dikhabarkan tidak gembira di Tottenham selepas kelab itu gagal membawa pemain baru pada musim ini. Tambahan pula sturktur gaji yang terhad gagal untuk menarik mana-mana pemain baru.

“Apa yang akan berlaku pada musim panas? Apa yang akan berlaku esok? Tiada siapa yang tahu. Apa yang paling penting adalah menikmati perjalanan ini. Buat masa sekarang saya gembira di sini.

“Apa yang akan berlaku seterusnya bukan di tangan kita, saya maksudkan keputusan di tangan kelab lain, kita tidak tahu.

“Ini bukan hal saya dan saya tidak mahu membuang masa atau tenaga kerana fokus dan tenaga saya adalah di Tottenham,” katanya kepada AFP.