Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Safawi Akan Lebih Berhati-hati Selepas Ini.

Safawi Rasid pemain muda negara mengakui bertindak diluar jangkaan terhadap para penyokong yang hadir pada perlawanan Kumpulan A Piala AFF ketika tewas 0-2 ke atas Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Jumaat lalu.

Beliau terpalit dengan kontroversi selepas mengangkat isyarat lucah ke atas segelintir penyokong yang hadir pada perlawanan di Hanoi lalu.

Sambil mengakui kesilapan beliau dan menerima nasihat daripada pemain senior, Safawi berkata dia akan lebih bersikap berhati-hati selepas ini dalam melayan penyokong.

“Selepas ini saya perlu lebih berhati-hati dengan apa yang saya buat. Pemain senior pun ada memberi nasihat kepada saya dan saya akan ambil serius mengenai kesilapan itu.

“Kami (pemain) tiada apa-apa masalah dengan penyokong. Mungkin ketika itu saya berada dalam keadaan marah dan bertindak di luar jangkaan,” katanya kepada Berita Harian.

Ketika diminta mengulas lanjut tentang sentuhan gol beliau yang masih tiba, Safawi percaya bahawa masanya akan tiba.

“Saya rasa belum sampai rezeki saya lagi untuk menyumbang gol pada Piala AFF. Insya-Allah untuk perlawanan keempat berdepan Myanmar nanti saya akan cuba menjaringkan gol.

“Bukan saya saja, tapi semua pemain akan buat yang terbaik untuk mendapatkan keputusan positif,” katanya.