Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melonjak naik selepas muncul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara (ASEAN) selepas menghuni tangga ke-23, Ranking Kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Reputasi kelab dari selatan tanah air itu melonjak naik serta diumumkan pada laman sesawan www.footyrankings.com selepas berjaya mengutip mata sebanyak 48.70 sepanjang empat tahun lalu.
JDT yang akan bermain pada saingan Piala ACL musim hadapan konsisten mengutip mata dalam selepas terbabit dalam beberapa siri kelayakan Liga Juara-Juara Asian (ACL).
Harimau Selatan juga berjaya mengatasi beberapa nama besar dalam bola sepak ASEAN seperti pasukan daripada Thailand, Buriram United yang menduduki tempat ke-28.
Selain daripada itu, skuad bimbingan Benjamin Mora ini mengatasi kedudukan pasukan ternama dari Asia, antaranya pasukan daripada Jepun dan Korea Selatan apabila Kawasaki Frontale berada dua tangga di belakang JDT, sementara Ulsan Hyundai di tangga ke-26.
Secara keseluruhan, pasukan dari Qatar, Al-Duhail menduduki tempat pertama selepas menghimpunkan 116.00 mata, diikitu Al Ain, pasukan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pengutan mata sebanyak 109.14