Piala Malaysia Berita

Kerajaan Negeri Yakin Perak Mampu Menang Piala Malaysia

Exco negeri, Howard Lee Chuan percaya skuad The Bos Gaurus mampu mengulangi kejayaan musim 1998 dan 2000 ketika bertemu Terengganu FC di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Beliau juga menyatakan akan turun untuk menyokong anak buah Mehmat Durakovic dan bukan sahaja akan turun sebagai penyokong tetapi sebagai orang yang akan membawa pulang trofi berprestij ini.

“Saya sendiri akan turun dan saya tidak hadir semata-mata untuk tengok, nampak dan bersorak.

15270277156469170719.png

“Saya akan hadir dengan ekspetasi penuh untuk bawa pulang piala ke Perak  untuk kita raikannya pada Konvensyen Pemuda Sosialis DAP (Dapsy)  Negeri pada 29 Oktober nanti,” katanya kepada Sinar Harian

Selain daripada itu, beliau menyatakan akan berbincang dengan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu untuk membuat pengumuman berkenaan cuti umum bagi seluruh Perak jika berjaya membawa pulang Piala Malaysia.

“Saya akan berbincang dengan MB kerana tidak ada kuasa untuk berbuat begitu, tetapi perlawanan ini amat bermakna kerana perjalanan yang membawa kita ke tahap sekarang, adalah perjalanan yang berliku.

“Perak memang  terkenal dengan keupayaan kita untuk lakukan kejutan secara positif. Kalau kita rujuk  kepada kemenangan 5-0 (menewaskan Sabah) sebelum ini, kita hanya perlu kekalkan sahaja prestasi itu,” katanya kepada Sinar Harian