Tan Cheng Hoe, jurulatih kebangsaan barkata persiapan pasukannya bagi menghadapi AFF Suzuki Cup 2018 bulan hadapan berada di landasan yang tepat.
Jurulatih yang berusia 50 tahun itu berkata, selepas melihat persembahan anak buah yang begitu bersemangat ketika menentang Kyrgyzstan yang mempunyai kelebihan dari segi ranking dan juga fizikal tubuh badan biarpun tewas 0-1.
Kyrgyzstan yang menduduki tangga ke 91 dunia hanya mampu menewaskan Malaysia yang menduduki tangga ke 171 dengan hanya satu gol.
Pelawat berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68 apabila pemain gantian Bekzhan Sagynbaev berjaya merembat masuk ke gawang Malaysia untuk mengalahkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
“Kita dapat melihat lebih banyak tanda positif malam ini,” kata Cheng Hoe. “Yang penting ialah pemain bermain dengan cara yang kita mahu mereka bermain.
“Mereka memiliki banyak peluang, mencipta banyak peluang yang malangnya mereka tidak boleh menukarnya menjadi gol.
“Ini adalah perkara positif kerana niat saya untuk melihat bagaimana pemain saya bermain dengan pasukan yang lebih baik.”
Pada perlawanan tersebut Malaysia gagal untuk menterjemahkan peluang yang terhidang dengan gol tetapi bagi Tan Cheng Hoe beliau yakin perkara itu dapat diatasi sebelum Piala AFF Suzuki 2018.
Malaysia nyata buntu dihadapan gol dan jelas terkesan dengan kehilangan khidmat Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad yang tidak di panggil untuk perlawanan kali ini.
“Apabila kita mendapat kembali pemain utama kita, saya pasti kita boleh menjaringkan gol. Perkara yang positif ialah pasukan membuat peluang, “katanya.
Sebelum itu Malaysia membelasah Sri Lanka 4-1 pada perlawanan persahabatan yang sama Sabtu lalu.
Skuad negara akan turun menentang Maldives di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 3 Nov ini bagi siri perlawanan persahabat terakhir sebelum menuju ke pertemuan Piala AFF Suzuki yang akan diadakan dari 8 hingga 15 Nov.
Malaysia diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama dengan Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos.