“Saya doakan kesejahteraan mereka bersama pasukan kebangsaan dan semuga berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Panggilan mereka baik untuk menambah pengalaman bagi memajukan kerjaya bola sepak masing-masing,” katanya.
Mehmet Durakovic, jurulatih Perak, merestui pemergian lima pemain Perak menyertai latihan skuad kebangsaan biarpun perlu membuat persiapan tanpa kehadiran mereka bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Sabah di Stadium Likas pada 21 Oktober.
Antara pemain tersebut ialah Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Kenny Pallraj dan Norhakim Hassan yang akan berdepan Sri Lanka dan Repbulik Kyrgyz 12 dan 16 Oktober.
Durakovic yang pernah melatih Selangor sebelum berhijrah ke Perak berkata untuk pemain menyarung jersi kebangsaan adalah suatu perkara yang patut dibanggakan.
“Saya tumpang bangga dan seronok dengan pemain-pemain ini kerana mengharumkan nama negeri dan pasukan,” tambahnya.