Real Madrid yang menghadapi masalah untuk menjaringkan gol tampaknya melarat sehingga perlawanan Liga Juara-Juara, selepas juara Eropah tiga kali berturut-turut itu dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada CSKA Moscwo, awal pagi tadi.
Gol tuan rumah hadir pada detik 68 saat apabila Nikola Vlasic menghidu hantaran kebelakang Kroos sebelum memintas hantaran tersebut untuk menjaringkan gol buat tuan rumah.
Madrid yang turun tanpa dua tonggak utama, Sergio Ramos dan Gareth Bale, cuba mencari gol penyamaan, namun gagal apabila CSKA kukuh bertahan.
Juara Eropah tampaknya buntu dalam mencari penyudah selepas gagal berbuat demikian pada tiga perlawanan besar setakat ini.
Walaupun Igor Akinfeev, penjaga gol CSKA, dibuang padang pada waktu kecederaan, namun ia langsung tidak menghalang tuan rumah untuk meraih kemenangan yang menyaksikan CSKA sekarang mengatasi Madrid dalam Kumpulan G.
Madrid yang turun tanpa beberapa tonggak utama disebabkan kecederaan dilihat buntu dalam mencari gol penyamaan.
Minggu lalu, Madrid ketinggalan tiga gol kepada Sevilla pada babak pertama, namun kali ini, mereka dibolosi dalam tempoh dua minit selepas perlawanan berlangsung.