Malaysia Berita

Apa langkah seterusnya untuk Kedah FA?

Pasukan Kedah dijangka melakukan rombakan besar menjelang sebagai persiapan untuk musim Liga Malaysia 2019.

Skuad Hijau Kuning baru sahaja tersingkir dari Piala Malaysia di peringkat kumpulan dan menurut Setiausaha Kehormat KFA Mohd Asmirul Anuar Aris, penstrukturan semula bakal dilakukan dalam masa terdekat.

“Penstrukturan pasukan ini membolehkan skuad baharu yang akan dibentuk ini memiliki komitmen dan disiplin tinggi dan mampu beraksi pada tahap terbaik untuk musim hadapan.

“Kita mahu mendapatkan seorang ketua jurulatih memiliki corak taktikal yang bagus dan dalam masa sama kita mahu tekankan aspek pembangunan dengan adunan pemain yang ada mahupun pemain pelapis.

“Ada beberapa nama yang sesuai dan kita akan lakukan pemilihan dan menentukan calon berkenaan selepas mesyuarat awal bulan depan,” katanya kepada Arena Metro.

Kedah melalui musim yang agak mengecewakan, apabila hanya berjaya merangkul tempat ke-6 di pentas Liga Super, selain turut tersingkir di pusingan ketiga Piala FA.