Skuad Datuk Ong Kim Swee bakal bertemu skuad muda Taeguk Warriors yang diperkuatkan dengan 2 orang pemain skuad Piala Dunia 2018 iaitu Son Heung-min dan Jo Hyeonwoo.
Kedua-dua pasukan bermula dengan langkah kanan, dimana Malaysia mengalahkan Kyrgyzstan 3-1 dan Korea pula membelasah Bahrain 6-0. Kini kedua-dua pasukan berkongsi 3 mata namun Korea mengisi tangga pertama Kumpulan E dengan kelebihan perbezaan gol.
Jika diimbas kembali, kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam saingan AFC U23 Championship di China Januari lalu dan Korea terpaksa berhempas-pulas mengasak skuad Harimau Muda sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2-1 pada pertembungan suku akir.
Namun begitu, dengan kehadiran 2 pemain bintang Piala Dunia 2018 pada kali ini, pasukan Korea ketika ini tampil sedikit berbeza berbanding pasukan di kejohanan AFC B23 lalu. Kemenangan besar mereka ke atas Bahrain sedikit sebanyak menggusarkan penyokong-penyokong Malaysia dan mengharapkan para pemain tidak leka dengan kemenangan pada aksi pertama lalu.
Disini kami tampilkan 5 pemain Korea yang perlu diberikan perhatian khusus dalam pertembungan kedua Kumpulan E nanti: