Malaysia Berita

Sukan Asia 2018: Anak buah Datuk Ong Kim Swee akan berdepan Son Heung Min

Nampaknya anak buah Datuk Ong Kim Swee akan berdepan Son Heung Min dan rakan-rakannya di Sukan Asia nanti.
Skuad bawah 23 tahun Malaysia akan berdepan Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan dalam Kumpulan E di Sukan Asia 2018, Jakarta yang akan berlangsung pada 18 Ogos sehingga 2 September.

Tuan rumah Indonesia pula diletakkan dalam Kumpulan A bersama Hong Kong, Laos dan Chinese Taipei.

Berikut merupakan senarai pasukan dan kumpulan mereka:

Kumpulan A: Indonesia, Hong Kong, Laos, Chinese Taipei

Kumpulan B: Thailand, Uzbekistan, Bangladesh, Qatar

Kumpulan C: Iraq, China, Timor Leste, Syria

Kumpulan D: Jepun, Pakistan, Vietnam, Nepal

Kumpulan E: MALAYSIA, Korea Selatan, Bahrain, Kyrgyzstan

Kumpulan F: Korea Utara, Arab Saudi, Iran, Myanmar

Skuad B-23 tahun Malaysia kini sedang menjalani latihan pusat di Wisma FAM. Mereka akan turun berdepan dengan pasukan Felda United yang dikendalikan oleh B. Sathianathan dalam sebuah perlawanan persahabatan di padang Wisma FAM, esok.

Acara bolasepak Sukan Asia akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Stadium Jalak Harupat, Stadium Pakansari, Stadium Patriot dan Stadium Wibawa Mukti.